Wednesday, August 12, 2020

Julai2020 Updated

 Alhamdulillah musim PKP baru ni dapat buat banyak benda di kebun, kabin untuk pekerja pun dah siap pasang bumbung dan bilik air serta dapur, letrik pun dah sambung cuma pemasangan meter air belum dilaksanakan memandangkan sumber air perigi dah ada dan boleh guna pam untuk mengisi air dalam tangki untuk kegunaan bilik air dan mencuci.

Pagar dan jambatan juga dah siap, pintu pagar serta parking kt sebelah luar juga dah siap, tak sabar rasanya nak mulakan pertanian fertigasi seperti yang dirancang. Semoga Allah mempermudahkan Inshaa Allah










Friday, March 13, 2020

Kabin untuk pekerja

Misi mancari kabin selama beberapa minggu, akhirnya saya dapat quotation yg termurah (setakat yg saya jumpa) iaitu smart tiny house sdn bhd ..

2 kabin jenis heavy duty berukuran 20ft x 10ft berharga 12200. termasuk pengnagkutan dari klang ke melaka.

Alhamdulillah another milestone.

Lepas ni sambung letrik dan sediakan toilet.

Berikut gambarannya





Wednesday, March 4, 2020

Ratakan tanah, gali perigi - sambung kerja

Setelah lama teregendala projek ni, kerana aku pun busy pindah rumah dan kekangan kewangan, masuk rumah baru dan beli rumah kedai Balok, sekarang sambung lagi..

Seterus nya kena dapatkan sumber air.. bila tanya2 buat survey, harga terlalu mahal, ada yg mintak 9K untuk gali perigi.. so padam dulu lah hasrat tu, buat masa sekarang gali perigi je ..

Masuk "YUM" orang kampung panggil nama nya 3 ketul. aku buat di dua tempat.

Tempat pertama kat tengah tanah tu banyak air, tempat ke dua kat tapak rumah dulu tu tak da air. tak pa tunggu je dulu, mana tau lambat keluar air nya..

Seterusnya selepas ni nk cari kabin pekerja dan untuk sambungan letrik.






Wednesday, December 18, 2019

Gambaran Terkini Kebun - Hutan telah diterangkan.

bangsal tempat melepas lelah

anak sungai dengan air yg sedikit


kayu2 balak sedia untuk dibelah dijadikan projek bangsal dan sebagainya


cabaran yg dihadapi

bangkai babi hutan

alhamdulillah sudah terang, menantikan projek seterusnya



Monday, July 8, 2019

pasang pagar

kos pasang pagar;

11/2/2019 bank in upah terangkan tanah (Jeffri Ab Aziz) @ZAM 2200
7/3/2019 bank in upah terangkan tanah (Jeffri Ab Aziz) @ZAM 1300
7/3/2019 bank in upah terangkan tanah (Jeffri Ab Aziz) @ZAM 1000
18/3/2019 bank in upah terangkan tanah (Jeffri Ab Aziz) @ZAM 700
29/3/2019 pagar Chain link fence (Pvc 6' 10G 50' (2"7/8)) 30 3600
20/6/2019 Tiang pagar besi angle 10kaki siap tebuk lobang 200 3300
2/7/2019 Upah pasang pagar Farin Ayer Merbau 6300

Total = RM18400 (as of 5/7/2019)


hasil pertama, kedua dan InshaAllah berterusan

hasil pertama umbut kelapa
hasil kedua - durian, tapi dari tanah pak itam

manis dan lemak kata bang shah

Permulaan Kerja Tanah

Kebun milik ayah yang dah lama dibiarkan, lebih kurang 10 tahun, sebab kesihatan ayah yang tak mengizinkan, kini dimulakan kembali.


Keadaan tanah pada Februari 2019

Keadaan tanah pada Februari 2019, dah macam hutan

kerja terangkan tanah bermula Mac 2019
Lot 2810 Kg. Gapis, 2.25 acre
Alhamdulillah.. InshaAllah

Julai2020 Updated

 Alhamdulillah musim PKP baru ni dapat buat banyak benda di kebun, kabin untuk pekerja pun dah siap pasang bumbung dan bilik air serta dapur...